fbpx

Kelibat bot mencurigakan dedah lokasi 25 PATI Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Pergerakan sebuah bot yang mencurigakan menghala ke pesisir pantai Teluk Ramunia, Bandar Penawar, Johor membawa kepada tangkapan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) di pantai itu.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam satu kenyataan berkata, anggota Pos Pemerhati mengesahkan kehadiran bot itu pada pukul 12.15 tengah malam selepas menerima makluamt daripada pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Serbuan yang dilakukan sekitar pukul 2 pagi oleh kumpulan Quick Reaction Force (QRF) telah berjaya menahan 25 PATI warga Indonesia yang dipercayai sedang menunggu untuk keluar dari negara ini menggunakan laluan yang tidak sah. Kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 24 lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 21 hingga 43 tahun.

“Nilai rampasan keseluruhan tangkapan berjumlah RM 78,846 melibatkan wang tunai RM25,889 dan 22,291,616 Rupiah (RM6,464 serta beberapa jenis mata wang asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dirampas barang kemas bernilai RM 4,265, 15 utas jam tangan pelbagai jenama bernilai RM 1,979. dan 25 buah telefon bimbit bernilai RM 39,194.

“Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI