fbpx

Hubungi bank untuk dapatkan lanjutan moratorium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Bank Negara Malaysia mengulangi gesaan kepada peminjam yang terkesan untuk menghubungi bank masing-masing bagi menyelesaikan permohonan moratorium pinjaman.

Katanya golongan B40 dan peniaga kecil boleh memilih sama ada moratorium tiga bulan atau pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus untuk tempoh enam bulan.

“Kelulusan diberikan secara automatik. Golongan M40 hanya perlu membuat pengisytiharan kendiri bagi mengurangkan ansuran bulanan,” katanya dalam laman Facebook rasmi agensi itu.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menyampaikan penggulungan perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat menyatakan, moratorium pinjaman diberikan automatik kepada golongan B40 dan peniaga kecil. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI