fbpx

Dua remaja kaki pecah kedai dicekup tidak sampai 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MELAKA – Dua remaja tidak sempat ‘berjoli’ wang hasil curi pelbagai barangan di sebuah kedai menjual pintu kayu di Tanjung Minyak di sini selepas kedua-duanya dicekup polis dalam tempoh kurang 24 jam kelmarin.

Kedua-dua suspek berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan dalam dua tangkapan berasingan di rumah masing-masing di sekitar Tanjung Minyak pada pukul1 hingga 2 petang, hari sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, tangkapan itu telah membawa kepada penemuan pelbagai barang yang dipercayai dicuri daripada kedai terbabit termasuk jam tangan jenama Tissot, komputer riba dan mesin gerudi jenama Makita.

“Pada pukul 8 pagi kelmarin, kita telah menerima laporan berhubung kejadian pecah sebuah kedai menjual pintu kayu di Tanjung Minyak dengan nilai kerugian dianggarkan RM8,000.

“Bertindak atas laporan, pasukan JSJ negeri telah melakukan risikan dan berjaya menangkap dalang kes tersebut iaitu dua remaja lelaki ,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam enam kes pecah kedai di kawasan Tanjung Minyak.

“Modus operandi suspek dengan seorang suspek memecah masuk kedai melalui tingkap tandas, manakala seorang lagi akan memantau keadaan luar.

“Kedua-dua suspek didapati sudah tidak lagi bersekolah, malah semakan lanjut ke atas suspek berusia 17 tahun mendapati, lelaki itu mempunyai lima rekod kes jenayah dan tiga kes dadah, manakala rakannya terlibat dua kes jenayah serta dua dadah,” katanya.

Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 2 Disember depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI