fbpx

Dua beradik usahakan Burger 2Dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIzzati (kanan) dan Balqis (kiri) menunjukkan burger yang dijual di gerai Burger2Dara, Setia Taipan, Shah Alam, Selangor semalam.

SHAH ALAM – “Niat kami hanya mahu mencari rezeki halal untuk menambah sumber pendapatan dan bukannya ‘menjual’ paras rupa.”

Demikian kata dua beradik kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, Nur Mazzuani Izzati Kamarul Mazlan, 25, dan Puteri Balqis, 19, yang mengusahakan perniagaan ‘Burger 2Dara’ di sebuah gerai di Setia Alam di sini, sejak 10 hari lalu.

Nur Mazzuani Izzati yang juga bekas model sambilan berkata, dia sememangnya meminati bidang perniagaan sejak sekian lama dan mahu mengikuti jejak langkah kedua-dua ibu bapanya yang mengusahakan perniagaan ­pakaian muslimah dan pembekal bahan binaan.

Dia yang juga eksekutif pentadbiran sebuah syarikat automobil menambah, idea itu tercetus sepuluh hari lalu susulan ketiadaan peniaga burger wanita di sekitar kawasan berkenaan.

“Hanya bermodalkan RM1,500 kami membeli semua barangan dan kelengkapan selain bimbi­ngan rakan berpengalaman sebelum membuka kedai berkenaan pada 18 November lalu.

“Alhamdulilah, sambutan yang diterima daripada pelanggan amat menggalakkan sehingga memperoleh pendapatan mencecah RM300 sehari,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Gerai Burger 2Dara di kawasan Setia Taipan 1 itu beroperasi antara pukul 6 petang hingga 12 tengah malam pada setiap hari kecuali Isnin.

Sementara itu, Puteri Balqish mengakui pada awalnya hampir berputus asa berikutan terguris dengan kritikan segelintir netizen terhadap perniagaan yang diusahakan itu yang lebih kepada meraih populariti dengan menjual muka sahaja.

“Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan nama Burger 2Dara itu dianggap lebih komersial dan mudah diingati.

“Sudah tentu, saya berharap agar dapat membuka kedai sendiri atau cawangan lain dengan nama tersebut nanti,” ujar Eksekutif Jualan sebuah kedai emas di Klang itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI