fbpx

BTS masuk senarai Anugerah Grammy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN BTS

KUMPULAN K-pop terkemuka, BTS mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya tercalon dalam anugerah berprestij dunia, Anugerah Grammy.

Pencapaian tersebut sekali gus menjadikan BTS sebagai artis Korea Selatan pertama yang tercalon dalam anugerah berkenaan di samping ramai artis antarabangsa popular lain.

Menerusi senarai pencalonan yang dikeluarkan baru-baru ini, BTS tercalon dalam kategori Duo Pop Terbaik/Persembahan Berkumpulan menerusi lagu Dynamite.

Kini, peminat BTS mula memenuhi dan membanjiri pelbagai platform media sosial kumpulan itu dengan pelbagai ucapan tahniah.

Menerusi anugerah yang dijadualkan berlangsung 31 Januari tahun depan, BTS menghantar pencalonan untuk tujuh kategori, namun hanya satu kategori yang berjaya ditembusi.

Terdahulu, kumpulan yang dianggotai tujuh anggota itu pernah muncul di pentas Anugerah Grammy pada tahun lalu sebagai penyampai anugerah.

Selain Dynamite, empat lagu lain yang tercalon dalam kategori sama ialah Un Dia (J Balvin, Dua Lipa, Bad Bunny & Tainy), Intentions (Justin Bieber feat Quavo), Rain On Me (Lady Gaga dan Ariana Grande) dan Exile (Taylor Swift feat Bon Ver).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI