fbpx

Biar jujur kalau berkawan – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh ( tiga dari depan) menunjukkan palet dari hampas kelapa sawit yang dihasilkan syarikat Detik Aturan Sdn. Bhd di sini hari ini.

KUALA SELANGOR – ‘Hendak kawan biar jujur, jangan tikam dari belakang’

Demikian kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berhubung pelantikan Penggerak Komuniti Tempatan (PKT) oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tanpa berbincang dengan pihaknya dan Pas.

Menurut Noh, tindakan tersebut jelas membelakangkan mereka apabila didapati hampir keseluruhan jawatan tersebut di tiga buah negeri bukan dibawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“PKT bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan peranannya seperti ahli majlis daerah.

“Zuraida (Ahli Majlis Tertinggi Bersatu) telah membuat lantikan tanpa berbincang. Saya difahamkan contohnya bagi Ampang seramai 18 jawatan telah dilantik daripada 24 individu yang kebanyakannya terdiri daripada ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya pada sidang akhbar selepas melawat kilang pemprosesan palet biosmas, Detik Aturan Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Menurut beliau, setiap ahli PKT yang dilantik akan menerima elaun sebanyak RM2,000 sebulan dan peruntukkan RM10,000 setahun menerusi peruntukkan Belanjawan 2021 sebanyak RM8.5 juta.

Noh menegaskan, beliau telah menghantar surat usul menolak butiran peruntukkan PKT kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pagi tadi.

“Jangan hina UMNO dan Pas. Kalau begini perangai Bersatu, bagaimana hendak bergabung di Selangor,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI