fbpx

Dr. Zulkifli hubungi Alif bertanya khabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif (kanan) terharu menerima panggilan video daripada Dr. Zulkifli hari ini.

PETALING JAYA – Selebriti serba boleh, Alif Satar meluahkan rasa terharu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menghubunginya untuk bertanya khabar tentang kesihatannya.

Perkara tersebut dikongsi pemilik nama penuh Muhammad Alif Mohd. Satar, 30, selepas memuat naik tangkap layar panggilan videonya Facetime bersama menteri tersebut dalam Instagramnya sebentar tadi.

Alif berkongsi perkara tersebut menerusi tangkap layar yang memaparkan panggilan video dan hadiah yang diterima daripada menteri itu.

“Alhamdulillah, Alif terima semangat baharu hari ini selepas beliau (Zulkifli) membuat panggilan bertanya khabar tentang saya.

“Terima kasih tidak terhingga kepadanya kerana sempat mengirim surat dan buku untuk saya baca sepanjang tempoh kuarantin,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Pelakon drama Dia Semanis Honey yang kini menjalani rawatan dan kuarantin di sebuah hospital di Melaka turut melahirkan rasa gembira kerana Zulkifli mendoakan kesihatan dirinya.

“Beliau bukan sahaja mendoakan kesihatan saya tetapi buat semua individu yang disahkan positif Covid-19.

“Semoga Tuhan merahmati dan membalas jasa baik beliau sekeluarga, insya-Allah,” katanya lagi.

Kosmo! pada 5 Oktober lalu melaporkan Zulkifli disahkan positif Covid-19 sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada 22 November lalu, penyanyi lagu Sesungguhnya Aku itu mendedahkan bahawa dirinya sah positif Covid-19.

Ekoran daripada perkara tersebut, episod ketiga Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) yang sepatutnya berlangsung pada Ahad lepas ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI