fbpx

Sociedad terpaksa lupakan Silva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SILVA tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Alkmaar selepas mengalami kecederaan hamstring. – AFP

ALKMAAR, Belanda – Real Sociedad berdepan tamparan besar apabila ‘arkitek’ bahagian tengah pasukan itu, David Silva disahkan terlepas aksi penting menentang AZ Alkmaar menjelang aksi keempat Kumpulan F Liga Europa di Stadium AFAS awal pagi esok.

Khidmat Silva terpaksa diketepikan selepas mengalami kecede­raan hamstring kaki kiri ketika membantu Sociedad menewaskan Cadiz 1-0 pada aksi La Liga baru-baru ini.

Ia adalah satu kehilangan besar buat Sociedad kerana Silva berjaya membantu mereka menerajui carta La Liga ketika ini selepas mencatatkan tujuh kemenangan dalam 10 aksi domestik sejak berhijrah daripada Manchester City awal musim ini.

Bagaimanapun, tonggak pertahanan Sociedad, Nacho Monreal menegaskan, mereka bersedia memberikan persembahan terbaik kerana hanya kemenangan mampu mence­rahkan peluang pasukan itu ke peringkat kalah mati.

“Saya tidak pernah menjangka prestasi kami begitu baik musim ini.

“Kami tidak gentar bertemu mana-mana pasukan sekalipun. Kami tidak akan sesekali mengalah demi kejayaan pasukan ini,” kata Monreal.

Sebagai rekod, Sociedad kini menduduki tangga ketiga dalam Kumpulan F, namun terikat enam mata sama de­ngan dua pasukan teratas iaitu Napoli dan Alkmaar.

Bagaimanapun, peluang memintas Alkmaar cerah kerana pernah menewaskan pasukan itu pada 6 November lalu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI