fbpx

RM850 juta laksana 12 agenda utama Belanjawan Johor 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Negeri Johor dijangka membelanjakan sebanyak RM850 juta menerusi Kumpulan Wang Pembangunan bagi melaksanakan 12 Agenda Utama Belanjawan Johor 2021.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, pada tahun 2021, unjuran hasil negeri sebanyak RM1,609.07 juta, manakala unjuran perbelanjaan berjumlah RM1,857.21 juta.

“Senario ini menunjukkan Belanjawan Johor 2021 adalah belanjawan defisit, iaitu sebanyak RM248.14 juta.

“Belanjawan ini adalah belanjawan yang defisit. Dalam situasi ekonomi seperti sekarang, kita harus berbelanja lebih daripada biasa, mengikut sumber yang sedia ada dan berfokus,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Johor 2021 bertema ‘Berdaya Tahan Demi Kemakmuran’ pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-14, di sini hari ini.

Hasni berkata, bagi perbelanjaan mengurus yang merangkumi caruman kepada Kumpulan Wang Pembangunan berjumlah RM997.21 juta, iaitu RM513.69 juta bagi emolumen dan RM483.51 juta bagi perbelanjaan lain-lain.

Jelasnya, terdapat dua strategi kewangan bagi Belanjawan Johor 2021 iaitu dengan mengoptimumkan segala sumber yang ada pada kerajaan negeri, termasuk menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

“PBT akan memperuntukkan sebanyak RM562 juta bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan, kebajikan dan menangani Covid-19.
“Kerajaan Negeri menerusi (GLC) juga membantu dalam menjayakan inisiatif pembangunan di negeri Johor,” katanya.

Menurut Hasni, strategi kedua adalah berpandukan konsep ‘counter-cyclical measures’.

“Kerajaan negeri akan menangguhkan usaha-usaha konsolidasi fiskal pada masa akan datang sehingga ekonomi negeri kembali mengembang,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI