fbpx

Penambahbaikan Belanjawan 2021 bukti PN terbuka terima pandangan -PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin.

PETALING JAYA- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penambahbaikan dalam Belanjawan 2021 yang diluluskan di peringkat dasar hari ini membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah sebuah kerajaan yang bersikap terbuka.

Sambil melahirkan rasa syukur, beliau berkata, penambahbaikan Belanjawan 2021 itu telah mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Parlimen yang mengambil bahagian ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan PN adalah sebuah kerajaan yang sentiasa bersikap terbuka dalam menerima sebarang pandangan, teguran dan kritikan.

“Semoga Belanjawan 2021 ini akan menjadi pemangkin kepada usaha untuk mensejahterakan kehidupan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook beliau.

Katanya, pendirian ahli-ahli Parlimen yang menyokong belanjawan tersebut membuktikan mereka menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu ahli-ahli politik mengetepikan sementara politiking bagi membolehkan belanjawan ini diluluskan tanpa gangguan.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli Parlimen terutamanya ahli-ahli Parlimen PN, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah yang telah menyokong Belanjawan 2021 sehingga diluluskan di peringkat dasar.

“Sokongan ini membuktikan kematangan ahli-ahli Parlimen dalam membuat keputusan penting dengan meletakkan kebajikan, keselamatan nyawa dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan mendahului perkara-perkara lain,” ujar beliau. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI