fbpx

Pembayaran tanpa tunai di JPJ Kelantan bermula Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanif Yusabra (kiri) bersama kain rentang Kempen Pembayaran Tanpa Tunai di JPJ Kota Bharu.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri menggalakkan orang ramai agar membuat pembayaran tanpa tunai ketika berurusan di kaunter pada setiap hari Khamis bermula bulan depan.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, kaedah itu digalakkan sempena Kempen Pembayaran Tanpa Tunai Peringkat Nasional 2020, JPJ Kelantan.

Katanya, ia berikutan kebimbangan orang ramai terhadap penggunaan wang tunai dalam urusan yang berupaya menyebarkan wabak Covid-19.

“Selain itu, kerajaan juga mengambil inisiatif supaya pengguna boleh membuat pembayaran meskipun berada di rumah.

“Kita mengadakan kempen Cashless Boleh bagi mendidik pelanggan mengenai kebaikan pembayaran menerusi dalam talian,” katanya.

Hanif Yusabra berkata, ekoran penularan wabak Covid-19, pihaknya telah menjalankan norma baharu dengan membuat transaksi kewangan menerusi dalam talian.

Beliau berkata, pihaknya ada menyediakan hadiah bagi pelanggan yang bertuah menggunakan kaedah pembayaran dengan menggunakan kad debit di kaunter.

“Selain itu, pelanggan yang menggunakan perbankan internet FPX berpeluang memenangi hadiah bulanan yang hebat,” katanya.

Tambahnya, sebarang makluman pelanggan boleh melayari laman web www. paynet.my atau menghubungi talian 03-3310 0096.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI