fbpx

[VIDEO] Masih ada cubaan seludup ketum di sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit kereta perisai melakukan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis hari ini.

PADANG BESAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan masih terdapat pergerakan sindiket penyeludupan daun ketum meskipun kawalan di sepanjang 106 kilometer (km) di sempadan Malaysia-Thailand dipertingkatkan susulan empat kejadian tembakan dalam tempoh dua minggu.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji memberitahu, rondaan unit udara mengesan cubaan menyeludup daun ketum di kawasan Chuping dekat sini kira-kira pukul 9 pagi semalam.

“Kita mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan Chuping sebelum pemandu dan penumpang kereta itu lari lintang pukang apabila menyedari kehadiran anggota keselamatan,” katanya ketika ditemui di Pos Kawalan PB11 PGA di sini hari ini.

Katanya, dua individu itu disyaki dalam perjalanan untuk meletakkan bekalan daun ketum di lokasi tertentu dengan menjadikan tiang elektrik sebagai petunjuk sebelum diambil pihak lain untuk diseludup ke negara jiran.

“Kita percaya sindiket ini semakin terdesak untuk menyeludup bekalan ketum ke negara jiran.

“Bagaimanapun setakat ini kita tidak mengesan pergerakan di sebelah sana (negara jiran),” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Ghani memberitahu, polis mempertingkatkan kawalan di sepanjang sempadan negara dari Bukit Batu Putih, Kuala Perlis hingga Bukit Kayu Hitam, Kedah susulan empat kejadian tembakan di kawasan tersebut.

Kata beliau, kawalan dan rondaan kini dilakukan secara bersepadu oleh 314 anggota Batalion 3 PGA serta tambahan lebih 200 anggota daripada unit udara, unit kereta perisai, unit berkuda, unit komando 69.

“Kita juga memanggil Unit Tiger Platoon untuk membuat rondaan pembersihan di tempat kejadian tembakan yang berlaku kelmarin selain unit dron untuk pemantauan pagar keselamatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI