fbpx

Lebih banyak masjid dan surau Jumaat di Kuala Lumpur berstatus zon merah – Jawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Enam buah masjid di Kuala Lumpur diletakkan di bawah status zon merah bagi tempoh mulai 25 November hingga 1 Disember ini.

Jumlah masjid berstatus zon merah itu bertambah berbanding hanya dua buah masjid pada minggu sebelumnya.

Enam masjid berkenaan adalah Masjid Al-Bukhary (Bukit Bintang), Masjid Asy-Syakirin (KLCC), Masjid As-Sodiqin (Cheras), Masjid Jamek Sultan Abdul Samad (Jalan Tun Perak), Masjid India dan Masjid Saidina Umar bin Al-Khattab (Bukit Damansara).

Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) dalam kenyataan hari ini berkata, turut diletakkan di bawah kategori zon merah ialah 32 buah surau Jumaat dan surau Jumaat dengan kebenaran khas yang kesemuanya terletak di Kuala Lumpur.

“Jumlah surau berstatus zon merah turut bertambah kali ini berbanding 11 buah pada minggu sebelumnya.

“Selain itu, 58 buah masjid di Kuala Lumpur diletakkan bawah zon kuning dan lapan buah lagi berstatus zon jingga,” katanya.

Katanya, sebanyak 134 surau Jumaat dan surau Jumaat dengan kebenaran khas diletakkan dalam status kuning manakala, 12 buah dalam kategori zon kuning.

Dalam pada itu, Jawi berkata, sebanyak 16 buah masjid, 16 buah surau Jumaat dan 28 buah surau di Labuan masih diletakkan bawah kategori zon merah sama seperti minggu sebelumnya.

Selain itu, katanya, tiada status zon merah ditetapkan bagi masjid dan surau di Putrajaya yang mana, 13 buah surau Jumaat di bawah kategori hijau dan 26 buah yang lain kategori kuning.

“Bagi masjid-masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula, Masjid Negara, Kuala Lumpur dikategorikan zon kuning manakala, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya pula zon hijau,” katanya.

Menurutnya, senarai penuh status zon itu penting sebagai panduan kepada jemaah untuk aktiviti solat fardu, solat Jumaat dan majlis akad nikah.

“Senarai penuh status masjid dan surau berdasarkan zon hijau, jingga, kuning dan merah itu boleh disemak menerusi laman rasmi Facebook Jawi,” katanya.

Status kategori zon masjid dan surau itu diputuskan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya secara mingguan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI