fbpx

Kilang proses barangan getah bakal diheret ke mahkmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai dan kakitangan JTK negeri Johor melakukan semakan ke atas salah satu premis menempatkan pekerja kilang pemprosesan barangan getah di daerah Kluang hari ini. - Foto oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Sebuah kilang memproses barangan getah di sini bakal menjadi majikan pertama di negeri ini diheret ke mahkamah kerana gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Pengarah Tenaga Kerja Negeri Johor, Zaini Yaacob berkata, pihaknya sudah memberi tempoh dan amaran kepada majikan itu untuk memohon Perakuan Penginapan yang dikuatkuasakan sejak Jun lalu namun pemiliknya masih gagal berbuat demikian.

“Empat kertas siasatan dibuka terhadap pemilik kilang itu atas kesalahan terbabit mengikut Seksyen 24D(1), Akta 446 kerana tiada Perakuan Penginapan.

“Serbuan pada awal pagi tadi disertai 25 pegawai dan kakitangan dibuat di empat premis menempatkan penginapan pekerja kilang berkenaan di sekitar daerah ini.

“Dalam serbuan itu kami mendapati keadaan asrama pekerja berkenaan tidak teratur dan pekerja terpaksa tinggal bersesak.

“Tindakan ini diambil selaras bagi memastikan hak pekerja terbela untuk mendapatkan penginapan yang selesa dan kondusif,” katanya pada sidang akhbar di JTK Kluang hari ini.

Zaini berkata, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 di bawah Seksyen 24D(3) akta sama.

“Manakala penyedia penginapan juga jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-keduanya di bawah Seksyen 24D(4) bawah akta sama,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang dikenali dengan ‘Ops 446’ tersebut telah berjalan secara serentak di seluruh negara termasuk negeei Johor.

“Ops 446 ini adalah antara strategi JTK dalam memastikan penguatkuasaan akan berterusan sehingga majikan dan penyedia penginapan berpusat mematuhi sepenuhnya pelaksanaan Akta 446 secara menyeluruh,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI