fbpx

Kehilangan Maradona dirasai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARADONA berjaya membantu Argentina menjulang gelaran Piala Dunia 1986. - AFP

PERSATUAN Bola Sepak Argentina (AFA) menerusi Presidennya, Claudio Tapia mengucapkan takziah dan menzahirkan rasa dukcita ekoran kematian legenda bola sepak negara itu, Diego Maradona.

Jurulatih berusia 60 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi akibat serangan jantung di kediamannya di Buenos Aires.

Maradona yang melatih pasukan Gimnasia y Esgrima dikejarkan ke hospital awal bulan ini selepas tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya sebelum dibenarkan meninggalkan hospital pada 11 November lalu.

“Anda akan selalu ada di dalam hati kami,” tulis satu kiriman menerusi laman media sosial AFA.

Presiden Argentina, Alberto Fernandez turut mengumumkan tempoh tiga hari berkabung ekoran kematian Maradona.

Fernandez turut memuat naik gambar bersama legenda itu di laman Twitter.

“Anda telah meletakkan kami di puncak dunia. Anda membuatkan kami rasa tersangat gembira. Andalah yang terbaik, terima kasih kerana hadir untuk kami, Diego. Kami semua akan merindui kamu sepanjang hidup,” ujarnya menerusi laman sosial tersebut.

Sementara itu, legenda Brazil, Pele turut melahirkan rasa sedih dengan kehilangan tersebut.

“Satu hari nanti, kita akan bermain bola bersama-sama di atas langit sana,” tulisnya.

Sepanjang kariernya, Maradona telah menjaringkan 34 gol dalam 91 penampilan bersama Argentina selain mewakili pasukan itu dalam empat kejohanan Piala Dunia.

Dia turut membantu Argentina menjulang gelaran Piala Dunia pada 1986 dan jaringan terkenalnya ‘Hands of God’ ketika menyingkirkan England di suku akhir turut melonjakkan popularitinya.

Maradona sekali lagi membawa Argentina ke pentas perlawanan akhir Piala Dunia 1990, namun tewas kepada Jerman Barat dan menyertai skuad Albicelestes ke Amerika Syarikat empat tahun kemudian tetapi diarah meninggalkan pasukan selepas gagal ujian doping.

Pada 2008, Maradona dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan Argentina, namun melepaskan jawatan itu selepas skuad bimbingannya tewas kepada Jerman pada aksi suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI