fbpx

[VIDEO] Budak hilang 52 jam ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa ditemui tersangkut di batang pokok di tepi sungai oleh pasukan rafting Kamparado JBPM kira-kira 17 kilometer dari tempat dia terjatuh.

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dihanyutkan arus sungai di Kampung Chepor Dalam kelmarin ditemui mati lemas hari ini selepas lebih 52 jam hilang.

Mayat Muhammad Deniss Ramadhan Amar Fizry ditemui pada pukul 2.55 petang di Sungai Kinta berhampiran Kawasan Perindustrian Lahat.

Mayat kanak-kanak itu dijumpai tersangkut pada batang pokok di tepi sungai oleh pasukan ‘rafting’ Kamparado.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pada jarak 17 kilometer dari lokasi dia terjatuh di Sungai Chepor.

Katanya, mayat yang masih lengkap berpakaian itu dijumpai dengan beberapa kesan kecederaan di kepala dan badan.

“Mangsa dijumpai tersangkut pada batang pokok di bahagian tepi sungai. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan mati mengejut,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Seri Klebang terjatuh ketika mahu menyelamatkan rakannya yang sedang mengambil selipar sebelum hanyut dibawa arus deras. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI