fbpx

Inisiatif Anzalna bantu peniaga OKU dapat pujian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anzalna

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan, Anzalna Nasir mencuri perhatian ramai selepas berhasrat memborong nasi lemak yang dijual seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU).

Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md. Nasir, 32, menerusi Instagramnya meluahkan rasa kagum dengan ­kegigihan lelaki itu dalam mencari rezeki walaupun berstatus OKU.

“Tolong kira berapa nasi lemak atas meja tersebut. Saya mahu beli semua sebab hendaktolong abang ini.

“Tabik! walaupun OKU tetapi dia masih rajin mencari rezeki. Bantu saya untuk sebarkan mesej ini kepada dia (penjual nasi lemak) dan tolong bagi nombor telefon dia kalau ada yang kenal. Terima kasih,” tulis isteri kepada usahawan, Hanif Zaki itu.

Hebahan mengenai seorang peniaga OKU yang dimuat naik Alzalna di Instagramnya.

Tidak lama selepas berkongsi hantaran itu, pelakon yang dikenali menerusi drama Memori Cinta Suraya menerima maklum balas daripada seorang pengguna Instagram memberikan perincian mengenai individu tersebut.

“Rakyat Malaysia sangat prihatin. Kepada yang ingin sokong Dek Mat Nasi Lemak. Terima kasih @chesuziana ke­rana berkongsi,” tulisnya melalui
Insta Story.

Seorang pengguna Instagram, Chesuziana berkongsi maklumat mengenai perniagaan lelaki itu iaitu Nasi Lemak Bujang Dek Mat bertempat di Amber Business Plaza, Cheras, Kuala Lumpur.

Peniaganya, Muhammad Nor, 28, dilahirkan tanpa tangan dan tinggal menyewa bilik di sebuah rumah kedai di kawasan sama.

Muhammad Nor dikatakan menempah nasi lemak daripada seorang rakan di Bukit Jalil dengan harga RM1 sebelum menjualnya semula RM1.50 sebungkus.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI