fbpx

Hanya 223 premis berdaftar dengan JAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (depan) melihat sampel bahan kimia berjadual dipamerkan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) sambil diperhatikan Hoy Sian (kanan) selepas Taklimat Pelan Perancangan Penyelesaian Masalah Bekalan Air di Sungai Selangor dan Sungai Semenyih yang berlangsung di Bangunan Annex, hari ini. - Foto oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

SHAH ALAM – Hanya 223 daripada 15,331 premis kilang atau industri yang beroperasi di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat yang menepati piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor.

Jumlah itu direkodkan sehingga Disember tahun lalu selepas mencapai tahap pelepasan pencemaran maksima yang ditetapkan iaitu 60 cubid meter (60,000 liter).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan  Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim berkata, banyak kilang berusaha membuat pendaftaran dengan JAS namun gagal disebabkan tidak memenuhi kriteria telah ditetapkan pihak berkuasa berkenaan.

“Salah satu perkara yang tidak memenuhi kriteria apabila sisa kimia tidak termasuk kategori yang tercemar ataupun tidak mencapai kumbahan dari segi kuantitinya.

“JAS sudah mengambil maklum tentang perkara ini dan kita sudah minta perbetulkan dalam Akta berhubung 60 (cubid meter) agar jumlahnya di kurangkan bagi membolehkan kilang-kilang lain dapat berdaftar dengan JAS,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Pelan Perancangan Penyelesaian Masalah Bekalan Air di Sungai Selangor & Sungai Semenyih di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian.

Izham menjelaskan pihaknya akan mengambil inisiatif sama ada mengalihkan premis yang berisiko atau melaksanakan sistem kitar semula air di situ.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menegaskan kerajaan negeri telah memutuskan untuk menukar kolam takungan banjir di Sungai Gong kepada kolam rawatan awal dengan pembinaannya dijangka Januari tahun depan dan siap pada Disember tahun sama.

“Kita berhasrat menambahkan keluasan saiz kolam itu kepada 14.5 hektar berbanding 6.8  ketika ini selepas melihat keluasan tanah kerajaan yang masih ada.

“Menerusi pembinaan itu nanti segala jenis kumbahan atau air yang datang dari Sungai Gong akan melalui proses rawatan sebelum ia dilepaskan ke hilir sungai dan masuk ke Sungai Kundang,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI