fbpx

Hanya 11 majikan mohon perakuan penginapan di NS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Tharumarajan menunjukkan ruang tidur pekerja asing di sebuah penginapan yang disediakan oleh sebuah kilang di Port Dickson yang dikesan tidak mematuhi peraturan di bawah Akta 446.

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA

SEREMBAN – Hanya 11 daripada 5,000 majikan yang menggajikan pekerja asing di Negeri Sembilan telah membuat permohonan untuk mendapatkan perakuan penginapan di bawah Akta Standard-Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) sejak September lalu.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS), S. Tharumarajan berkata, setakat ini hanya lima majikan sudah memperoleh perakuan itu yang melibatkan 122 unit penginapan, manakala bakinya masih menunggu kelulusan.

“Akta ini dikuat kuasa bermula 1 Jun lalu dan peraturan dibuat pada 1 September dan sepatutnya pada 1 September itu, majikan sudah mula membuat permohonan, namun setakat ini 11 majikan sahaja.

“Kami rasa majikan-majikan ini belum membuat permohonan kerana mungkin merasakan bangunan mereka gunakan itu masih tidak lagi mematuhi kehendak pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kalau mereka memohon kepada kami tanpa dapat kelulusan ubah suai daripada PBT, kami tidak akan beri perakuan penginapan, mungkin itu sebab mereka masih belum memohon,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Persekutuan dekat sini hari ini.

Menurutnya, JTKNS telah menjalankan pemeriksaan ke atas hampir 1,000 penginapan pekerja sejak peraturan di bawah Akta 446 dikuatkuasakan.

Ujarnya, hasil pemeriksaan tersebut mendapati sebahagian besar bangunan yang digunakan sebagai penginapan tidak mematuhi peruntukan Akta 446.

“Antara ketidakpatuhan yang dikesan adalah bangunan yang digunakan tidak sesuai, kegagalan menyediakan kemudahan minimum yang diperuntukan di bawah akta tersebut.

“Pekerja-pekerja juga ditempatkan dalam satu unit secara beramai-ramai yang mewujudkan keadaan sesak selain tahap kebersihan yang tidak memuaskan. Ini menyukarkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkenaan Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI