fbpx

Google Malaysia rai Biduanita Saloma melalui paparan doodle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biduanita Saloma

PETALING JAYA – Google Malaysia hari ini telah memaparkan doodle khas Biduanita tersohor Puan Sri Salmah Ismail atau lebih dikenali sebagai Saloma dalam enjin carian tersebut.

Paparan tersebut sebagai tanda meraikan penganugerahan gelaran Biduanita Negara pertama kepada Allahyarham Saloma oleh kerajaan Malaysia pada 26 November 1978.

Saloma yang iuga isteri legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee itu bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi dan juga pelakon, bahkan turut dianggap sebagai ikon fesyen ketika zaman kegemilangannya sekitar tahun 1960-an.

Paparan doodle Biduanita Saloma di halaman utama Google Malaysia.

Antara lagu popular dendangan Saloma adalah seperti Malam Bulan Dipagar Bintang, Malam Ku Bermimpi dan Bila Larut Malam.

Saloma juga adik kepada Seniwati Mariani juga pernah berlakon dalam beberapa buah filem seperti Ahmad Albab dan Seniman Bujang Lapok.

Biduanita Negara itu telah meninggal dunia pada 25 April 1983 pada usia 48 tahun di Hospital Assunta, Petaling Jaya akibat demam kuning.
K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI