fbpx

Giroud pamer bukti masih berguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GIROUD berjaya meledak gol kemenangan Chelsea ketika mereka menewaskan Rennes 2-1 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Penyerang veteran Chelsea, Olivier Giroud memberi peringatan kepada pengurus pasukan, Frank Lampard mengenai impak yang boleh dia berikan selepas menjaringkan gol kemenangan untuk membantu The Blues menewaskan Rennes dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, pasukan Chelsea berjaya meraih tiga mata penuh selepas Giroud menanduk masuk gol pada minit-minit akhir perlawanan selepas kedudukan terikat 1-1 hasil jaringan Callum Hudson-Odoi dan jaringan penyamaan Rennes menerusi ledakan Serhou Guirassy.

Kata Giroud, fokusnya tidak pernah terjejas dalam usaha membantu pasukan walaupun sedar hanya dimasukkan sebagai pemain gantian selepas Lampard sebelum ini mengesahkan The Blues hanya memiliki dua penyerang utama iaitu Timo Werner dan Tammy Abraham.

“Saya mengakui sangat gembira apabila dapat menjaringkan gol terutama apabila ia adalah jaringan kemenangan. Meskipun mengharungi musim sukar apabila jarang beraksi, saya tetap fokus berikan yang terbaik sekiranya diperlukan pasukan.

“Apa yang penting pasukan dapat meneruskan momentum kemenangan walaupun mendapat tentangan yang cukup sengit daripada Rennes,” kata penyerang antarabangsa Perancis berusia 34 tahun itu.

Sementara itu, Lampard mengakui pening kepala untuk memikirkan kesebelasan terbaik selepas Giroud mempamerkan aksi yang cukup memberangsangkan bersama pasukan itu pada aksi awal pagi tadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI