SEBERANG PERAI – Dua lelaki yang sesat ketika mendaki di Bukit Cherok Tokun, Bukit Mertajam di sini petang semalam berjaya diselamatkan pagi tadi selepas kira-kira 12 jam.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, mangsa berusia 36 dan 54 tahun ditemui pukul 7.55 pagi tadi selepas pihaknya menerima panggilan daripada rakan mangsa pukul 5.45 petang semalam.
“Kedudukan mangsa berjaya dikesan pukul 11.30 malam tadi, namun mereka berdua didapati berada di bukit bersebelahan iaitu Bukit Seraya dan berlaku kesukaran untuk mendapatkan mangsa kerana keadaan hutan yang tebal dan tiada laluan yang sesuai.
“Oleh itu, Komander Operasi bersama bantuan pendaki iaitu orang awam yang mempunyai pengalaman mengubah haluan pencarian dengan menuju ke Bukit Seraya dimana lokasi mangsa berada,” kata jurucakap itu.
Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa turun ke Pos Kawalan Bomba di kaki bukit sebelum operasi ditamatkan pukul 8 pagi. – K! ONLINE