fbpx

Bantuan ‘one-off’ ringankan beban rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Agenda Johor berkebajikan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2021 akan memberi kelegaan langsung kepada rakyat Johor.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, ia adalah satu intervensi dan bantuan segera kepada golongan yang begitu terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.

Katanya, pemberian wang tunai secara one-off sebanyak RM300 ringgit selama dua bulan kepada 26,626 penerima daripada senarai e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

”Antara agenda lain yang akan dilaksanakan adalah pemberian wang tunai one-off sebanyak RM500 kepada 47,159 penyewa premis, pasar awam, peniaga pasar malam dan pasar tani yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Johor.

”Selain itu, pemberian wang tunai one-off sebanyak RM500 kepada 5,205 pemilik teksi, teksi limosin dan teksi lapangan terbang,” katanya semasa membentangkan Belanjawan Johor 2021 pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-14, di sini hari ini.

Hasni berkata, kerajaan negeri turut memberikan wang tunai one- off sebanyak RM150 kepada 35,000 mahasiswa anak Johor daripada keluarga B40.

”Selain itu, pemberian wang tunai one-off sebanyak RM500 kepada 2,071 pengusaha bas sekolah berdaftar selain pemberian insentif bantuan one-off sebanyak RM100 kepada 20,000 pemandu dan penghantar makanan syarikat e- hailing yang berdaftar di Johor.

”Pemberian wang tunai one-off sebanyak RM100 turut diberikan kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah yang berasal dari keluarga berpendapatan RM3,000 sehingga RM7,000 sebulan.

“Jika sebuah keluarga mempunyai anak seramai lima orang, dan bersekolah di peringkat rendah mahupun menengah, mereka akan menerima RM500,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI