fbpx

482 kompaun PKPB dikeluarkan dalam tempoh enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Ramai individu di Selangor didapati masih ingkar mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Jurucakap Khas Op Covid-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Muhammad Yazid Muhammad Yew berkata, perkara itu terbukti selepas 482 kompaun dikeluarkan dalam tempoh enam hari bermula 20 November lalu sehingga semalam.

“Statistik yang dianggap tinggi itu menunjukkan  masih wujud masyarakat tidak matang yang enggan mematuhi peraturan ditetapkan.

“Pelanggaran SOP termasuk tiada penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka dan gagal mendaftar butiran diri atau suhu ketika memasuki premis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Muhammad Yazid menegaskan, kompaun RM1,000 yang dikeluarkan itu mengikut Perkara 10 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No.7) 2020.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, sebanyak 29,936 pemeriksaan dijalankan ke atas pelbagai premis restoran, kilang, pusat beli belah, tapak binaan dan terminal pengangkutan awam sepanjang tempoh sama.

“Kita turut mengarahkan sebanyak 2,908 kenderaan telah diarah berpatah balik selepas didapati tidak memiliki surat kebenaran rentas sempadan atau negeri,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI