fbpx

Zaleha Textile Pasir Puteh terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN ruang stor kain yang terbakar di tingkat tiga Zaleha Textile di Pasir Puteh hari ini. Foto IHSAN BOMBA

PASIR PUTEH – Tingkat tiga gedung pakaian Zaleha Textile di Jalan Pasir Puteh – Kota Bharu di sini hangus dalam kejadian kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran sebuah bangunan bertingkat pada pukul 6.56 pagi.

Menurutnya, seramai 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan bahagian bumbung premis Zaleha Textile sudah dilitupi asap hitam.

“Kita menggunakan teknik semburan air selama hampir satu jam bagi memastikan api tidak merebak ke bangunan yang lain yang sebahagian besarnya merupakan premis perniagaan.

“Api dapat dikawal dan operasi memadam kebakaran ditamatkan pada pukul 8.28 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Azhar Elmi, siasatan mendapati, tingkat tiga premis itu terbakar sebanyak 30 peratus.

Tambahnya, kos kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI