fbpx

Warga Bangladesh ditemui mati tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

GUA MUSANG – Seorang buruh warga Bangladesh ditemui mati dalam keadaan tergantung di rumah sewanya di Taman Damar di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 8.30 pagi, mangsa berusia 27 tahun ditemui dalam keadaan lehernya terjerut oleh rakan serumahnya di dalam sebuah bilik tingkat atas rumah itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, mangsa tinggal seorang diri di dalam sebuah bilik itu sejak dua minggu lalu, manakala rakan lain tinggal di bilik berasingan.

Katanya, kejadian itu disedari seorang rakannya yang bersiap sedia untuk pergi kerja sebagai buruh kontrak.

“Pada pagi itu, mangsa tidak turun ke tingkat bawah seperti biasa. Rakan mangsa yang tidak sedap hati bergegas ke tingkat atas rumah sewa itu untuk memanggilnya.

“Sebaik sahaja membuka pintu bilik yang tidak berkunci, rakannya melihat mangsa sudah meninggal dunia dalam keadaan lehernya terjerut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Taufik berkata, selepas itu, rakan mangsa telah menghubungi pihak polis untuk melaporkan mengenai kejadian terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit.

“Hasil siasatan di tempat kejadian juga mendapati tiada unsur perbuatan jenayah terhadap mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI