fbpx

Sultan Johor kurnia Proton X70, Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOKTAR (tengah) bersama empat kakitangan HSA menerima kenderaan masing-masing atas kurniaan Sultan Ibrahim di Johor Bahru hari ini. Foto ROYAL OFFICE PRESS

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan kereta kepada Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kakitangan Wad Diraja HSA, hari ini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pengurniaan itu adalah sebagai penghargaan atas dedikasi, komitmen serta profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan mereka.

Pada majlis penyerahan itu, Pengarah HSA, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad; Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan & Trauma, Dr. Ismail Jumali dan Pegawai Perubatan Unit Kardiotorasik Anestesia, Dr. Mohd. Firdaus Shamsuddin masing-masing telah menerima sebuah Proton X70.

Sementara itu, ketua penyelia jururawat, Sarinah Sukor dan Penyelia Jururawat, Fauziah Sulaiman masing-masing telah menerima sebuah Perodua Myvi.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Datuk Perdana Dalam, Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa selaku wakil kepada Baginda Tuanku Sultan Ibrahim.

Dr. Mohtar berkata, dia merasa amat bersyukur di atas kurniaan Sultan Johor sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka.

“Patik memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada ke bawah duli tuanku atas kurniaan Baginda ini kepada patik dan kakitangan sekalian.

“Patik mendoakan Tuanku serta Kerabat Diraja sentiasa sihat sejahtera. InsyaAllah, kami akan terus berikan perkhidmatan terbaik kepada Tuanku sekeluarga serta rakyat jelata,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) selepas menerima kenderaannya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI