fbpx

Penyeludup mengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota PGA, Koperal Judin Awi menunjukkan lokasi pertempuran antara polis dan penyeludup hingga mengakibatkan Baharuddin mati ditembak, manakala Norihan cedera parah di kawasan hutan berhampiran pos sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar Baru-baru ini.

PADANG BESAR – Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan 13 penyeludup ketum dan ubat batuk di kawasan hutan berhampiran pos sempadan Malaysia-Thailand di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, Koperal Baharuddin Ramli, 54, daripada Batalion 3 PGA Bidor meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Koperal Norihan Tari, 39, parah.

Baharuddin terkena dua tembakan di perut dan satu tembakan rusuk, manakala Norihan pula cedera di perut. Tembakan itu dilepaskan dari jarak dekat.

Motosikal milik Baharuddin yang ditinggalkan berhampiran kawasan hutan sebelum mangsa membuat rondaan.

Selepas kejadian, Baharuddin sempat meminta Norihan pergi ke Pos TS9 kira-kira dua kilometer dari lokasi bagi mendapatkan bantuan, namun sebaik pasukan polis tiba lelaki itu sudah mening­gal dunia.

Kejadian berlaku semasa dua anggota itu sedang menjalankan operasi risikan di kawasan pintu A3, Pos TS9 sebelum terserempak dengan kumpulan penyeludup tersebut.

Lokasi kejadian itu terletak kira-kira 600 meter dari tembok sempadan dipercayai laluan aktif bagi kegiatan penyeludupan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, ketika kejadian, penyeludup membawa daun ketum dan ubat batuk.

“Anggota Komando 69 dan PGA Batalion 3 menahan dua penyeludup warga Thailand di lokasi kejadian, manakala empat lagi termasuk tiga yang ce­dera diberkas polis Thailand,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Turut melawat lokasi itu ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Suspek kumpulan penyeludup yang cedera dirawat di hospital di Hatyai dan Sadao.

“Kita menemui 12 bungkusan daun ketum seberat setengah tan bersama seguni ubat batuk untuk diseludup ke Thailand.

ABDUL HAMID menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas daripada penyeludup.

“Keempat-empat suspek akan dibawa ke negara ini untuk diambil keterangan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, kumpulan penyeludup itu melakukan sistem barter me­libatkan pertukaran ketum dari Malaysia dengan dadah seperti syabu, pil yaba dan heroin dari negara jiran.

“Kejadian tembakan itu (semalam) adalah yang ketiga selepas 12 November dan 15 November lalu di lokasi yang sama,” katanya di Bukit Aman.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI