fbpx

Penunggang maut motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL jenis Ducati Monster 795 yang ditunggang mangsa terbabas di Kilometer 50.1, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu malam tadi.

PASIR PUTEH – Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 50.1, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dekat Sekolah Menengah Ugama, Nurul Huda, Bukit Yong di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.01 tengah malam itu, mangsa, Mohd. Anua Ismail, 43, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Ducati Monster 795 dipercayai sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala ke rumahnya di Dungun, Terengganu.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas ke bahagian kiri jalan.

“Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis di sini untuk proses bedah siasat pada pukul 5 pagi tadi.

Menurutnya, jenazah Mohd. Anua akan dibawa pulang oleh keluarga ke kampung halamannya di Lembah Kubur, Dungun, Terengganu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI