fbpx

Nuno pertahan formasi Wolves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETO berjaya menyelamatkan Wolves apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan ketika terikat 1-1 menentang Southampton awal pagi semalam. – AFP

WEST MIDLANDS – Pengurus Wolverhampton Wanderers, Nuno Espirito Santo mempertahankan keputusannya menggunakan empat pemain pertahanan biarpun mereka sekadar terikat 1-1 menentang Southampton awal pagi semalam.

Biarpun ke­tinggalan, Wolves berjaya mencuri satu mata selepas Pedro Neto menjaringkan gol penya­maan untuk meraih satu mata.

Pada perlawanan itu, Nuno melakukan kejutan apabila menurunkan empat pemain pertahanan berbanding tiga yang sering digunakan.

Selepas kehilangan Conor Coady dan Romain Saiss, Nuno cuba memberi kelainan dalam formasinya.

“Ia adalah perlawanan yang berintensiti tinggi. Mereka berjaya memberikan tekanan dengan baik tetapi kami mula mengimbangi keadaan pada separuh masa kedua dengan permainan lebih agresif.

“Saya gembira dengan apa yang dipamerkan oleh semua pemain. Coady dan Saiss tidak dapat diturunkan, jadi saya membuat keputusan menggunakan tiga pemain di bahagian tengah dan empat pemain pertahanan.

“Kami perlu mencari jalan terbaik dan kami fikir ia bukanlah mengenai sistem tetapi bagaimana untuk memastikan kami memberikan tentangan serta bermain dengan baik. Jadi, formasi itu dianggap yang terbaik.

“Kami cuba untuk menjadi lebih kukuh dan kami berjaya melakukannya. Ia bukanlah ke­rana menggunakan tiga atau empat pemain pertahanan, kami perlu melihat apa yang perlu diperbaiki untuk keseluruhan permainan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI