fbpx

Nakatake terima penghargaan Yakult

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAKATAKE (kiri) menerima penghargaan daripada Hamada yang mewakili Yakult Malaysia pada majlis khas meraikan persaraan pemain Jepun itu daripada bola sepak profesional di Kuala Lumpur semalam.

SHUNSUKE Nakatake bukan nama asing dalam saingan bola sepak di Malaysia.

Pemain kelahiran Sendai, Jepun itu sudah lama menabur bakti dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) sejak tahun 2016 bersama pasukan Kuantan FA, PDRM FA (2018) dan Negeri Sembilan FA (2019-kini).

Selepas hampir 5 tahun berkelana di Malaysia dan tujuh tahun bergelar pemain profesional, pemain tengah lincah yang sinonim dengan jersi No. 7 itu akhirnya mengumumkan persaraan daripada bola sepak profesional pada usia 30 tahun.

“Ini masa yang sesuai untuk bersara daripada bola sepak profesional. Saya sudah bermain secara profesional selama tujuh tahun. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam karier bola sepak saya.

“Saya gembira dapat bermain di Singapura dan Malaysia. Akhir sekali, terima kasih kepada isteri, keluarga, rakan-rakan, jurulatih, rakan sepasukan dan juga peminat,” kata Nakatake di laman sosial miliknya.

Bagi menghargai jasa dan pencapaian Nakatake sepanjang berada di Malaysia, syarikat minuman probiotik ter­kenal, Yakult Malaysia Sdn. Bhd yang juga sebuah syarikat berasal dari Jepun telah me­ngadakan majlis khas buat Nakatake bagi menghargai dan meraikan persaraan Nakatake.

Yakult Malaysia turut memberikan anugerah ‘Most Number of Assists In Malaysia Premier League 2020’ kepada Shunsuke Nakatake. Malah, Yakult Malaysia juga melancarkan peraduan Kira dan Menang buat peminat-peminat Nakatake untuk memenangi tujuh hadiah misteri.

“Yakult Malaysia selaku syarikat berasal dari Jepun sangat menghargai bakat dan sumbangan Nakatake sepanjang beliau berada di Malaysia.

“Kami juga ingin menzahirkan kebanggaan terhadap pencapaian beliau yang me­lakukan bantuan gol terbanyak sepanjang Liga Premier 2020. Apa yang saya mahukan adalah apabila anak beliau besar nanti, dia akan mengetahui bahawa ayahnya pernah bermain untuk sebuah negeri di Malaysia” ujar Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada pada majlis berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI