fbpx

KPDNHEP komited bantu ringankan beban rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander

KUALA LUMPUR- Sejumlah RM680 juta diperuntukkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam Belanjawan 2021, khusus bagi menangani isu peningkatan kos sara hidup rakyat.

Ia membabitkan pelaksanaan tiga program subsidi bersasar, selain program penyeragaman harga yang diyakini mampu memberi kesan cukup signfikan terhadap usaha mensejahterakan kehidupan rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain Program Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), turut dilaksanakan kementerian ialah Program Pengedaran Barang Perlu, Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Community Drumming; Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan serta Subsidi Tepung Gandum Kegunaan Am.

“Kesemua inisiatif ini berpaksikan kepentingan rakyat, dengan fokus utama membantu meringankan kos sara hidup rakyat, terutama golongan yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.

“Kita menerima peruntukan RM680 juta bagi meneruskan pelaksanaan kesemua inisiatif ini dalam Belanjawan 2021, sekali gus memperlihatkan kerajaan cukup konsisten untuk membantu rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Bicara Naratif – Belanjawan KPDNHEP 2021: Impak Kepada Ekonomi Dan Rakyat di Angkasapuri, di sini malam tadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI