fbpx

Kluster Teratai tidak babit komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sehingga kini tiada jangkitan Covid-19 dalam komuniti yang ditemui pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melibatkan Kluster Teratai.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan berkaitan kluster tersebut membabitkan pekerja tempatan dan warga asing seterusnya ia menjangkiti ahli keluarga mereka yang lain.

“Contohnya 164 pekerja tempatan tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur, mereka pulang (dari kilang) dan menjangkiti kira-kira 70 individu ahli keluarga mereka tetapi kita tidak menemui lagi jangkitan dalam komuniti.

“Selain itu, pada awalnya dianggarkan kira-kira 13,000 pekerja yang bekerja di kilang tersebut dan anggaran sebenar mendapati, ia melibatkan seramai 11,215 pekerja.

“Justeru saringan telah dijalankan terhadap 6,506 individu dan daripada jumlah itu, seramai 4,063 positif Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, arahan penutupan kilang telah dibuat membabitkan 20 kilang manakala, lapan lagi kilang akan ditutup secara berperingkat.

“Walaupun kilang berkenaan ditutup, jentera masih beroperasi untuk mengelakkan kerosakan sekiranya diberhentikan,” katanya.

Ujarnya lagi, kebenaran bagi pengoperasian jentera tersebut adalah pada kadar yang minimum.
Sebelum ini, Kluster Teratai dikesan pada 7 November lalu yang melibatkan pekerja kilang Top Glove. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI