fbpx

Kes positif kembali tiga angka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 hari ini kembali kepada tiga angka dengan 970 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif di seluruh negara sebanyak 59,817 kes.

Pada masa sama, sebanyak 2,348 kes sembuh dicatatkan hari ini sekali gus tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara dan jumlah kumulatif kes sembuh Covid-19 sebanyak 46,501 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah baharu yang dilaporkan, 965 kes adalah penularan tempatan manakala lima kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

“Terdapat empat kes kematian hari ini di Pulau Pinang, Sabah dan Labuan melibatkan kesemuanya wanita berusia antara 54 hingga 77 tahun.

“Pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 itu menjadikan jumlah kes kematian terkini di Malaysia sebanyak 345 kes,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menambah, sebanyak 110 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 47 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI