fbpx

[VIDEO] Jenazah mendiang Koperal Baharuddin selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENAZAH dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Asli, Kampung Sungai Sampo, Air Hitam, Bandar Seri Jempol kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

JEMPOL – Jenazah mendiang Koperal Baharuddin Ramli, anggota dari Batalion 3 Anggota Gerakan Am (PGA) yang maut bertempur dalam kejadian tembakan di Tembok Sempadan (TS9) Padang Besar, Perlis, semalam selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Asli, Kampung Sungai Sampo, Air Hitam, Bandar Seri Jempol dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Terdahulu, jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Sungai Sampo kira-kira pukul 3.45 pagi selepas proses bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah selesai kira-kira 6.20 petang semalam.

Lebih 300 terdiri daripada ahli keluarga mendiang, penduduk kampung, anggota polis dan rakan-rakan turut hadir mengiringi jenazah.

Hadir sama memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Pengarah KDNKA (PGA) Datuk Kasuahdi Ali; Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop, antara yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Baharuddin, 54, maut selepas terkena tembakan di bahagian perut selepas bertempur dengan lebih 13 penyeludup dari Thailand dalam kejadian kira-kira 600 meter dari TS9, Padang Besar, Perlis kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

Koperal T. Norihan, 39 pula cedera parah selepas terkena tembakan di bahagian kiri perut dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis.

Norihan kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan membuang peluru pada ususnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI