fbpx

Hasenhuttl yakin Southampton mula beri isyarat lebih jelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WALCOTT meledak gol pertama bersama Southampton selepas menyertai pasukan itu musim ini. – AFP

WEST MIDLANDS – Pengurus Southampton, Ralph Hasenhuttl mengakui kejayaan mereka mencatat keputusan seri 1-1 menentang Wolverhampton Wande­rers pada aksi awal pagi semalam adalah isyarat penting.

Jelasnya, ia membuktikan bahawa pasukan itu mempunyai potensi dan kemampuan untuk bersaing di peringkat tertinggi dan mula membayangkan penamat di kelompok pasukan elit musim ini.

The Saints terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Theo Walcott sekali gus menjadi gol pertamanya untuk pasukan itu dalam tempoh 15 tahun sebelum Wolves meledak gol penya­maan menerusi Pedro Neto.

“Saya gembira. Untuk semua pemain, ini merupakan perlawanan yang sukar kerana memerlukan taktikal yang mantap se­perti anda bermain catur. Mereka menggunakan formasi 4-3-3 yangh kami tidak jangka tetapi kami berjaya mengekang mereka.

“Kami tidak 100 peratus me­lakukan tugas yang sempurna ketika berada di kawasan mereka tetapi kami berjaya mendapat gol pendahuluan dan mula mengidam­kan tiga mata.

“Namun, saya fikir satu mata lebih adil dan memadai. Kami masih memiliki kekurangan berbanding mereka tetapi penyudah kami sedikit mengecewakan.

“Wolves memiliki pasukan yang baik, mereka lebih yakin dengan cara mereka bermain tetapi perlawanan kali ini adalah isyarat penting bahawa kami memiliki kemampuan untuk ber­saing dengan pasukan yang lebih baik,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI