fbpx

Gajah ceroboh ladang kelapa sawit ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor gajah jantan liar yang berjaya ditangkap Perhilitan di Kampung Darat Teladas di Kemaman kelmarin.

KEMAMAN – Salah seekor gajah yang dipercayai merosakkan kebun penduduk Kampung Darat Teladas, Air Putih dekat sini pada bulan lalu berjaya ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kelmarin.

Gajah jantan liar yang mempunyai ukuran tapak kaki selebar 34.3 sentimeter itu berjaya ditangkap pada pukul 4.30 petang.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, haiwan tersebut ditangkap ketika sedang mencari makanan di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan.

“Berdasarkan aduan penduduk, gajah itu kembali menceroboh kawasan ladang kelapa sawit tersebut pada Jumaat lalu.

“Gajah liar tersebut akan dipindahkan ke habitat asal pada masa terdekat,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! 13 Oktober lalu melaporkan sekumpulan 30 gajah liar kembali mengganas menceroboh ladang kelapa sawit milik penduduk Kampung Darat Teladas.

Serangan itu memusnahkan lebih 200 pokok kelapa sawit yang sudah matang dan menunggu masa untuk dituai hasilnya sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM60,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI