PETALING JAYA – Pas bulanan Tempat Letak Kereta (TLK) melalui aplikasi EZ Smart Park telah diaktifkan bermula 19 November lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), TLK di sekitar ibu kota terbahagi kepada tiga zon dan pengguna boleh menyemak untuk membuat pembelian pas bulanan hanya di aplikasi tersebut.
“Pas bulanan bagi zon A berharga RM320 boleh digunakan di semua zon A,B dan C, manakala zon B dan C berharga RM160 terhad kepada zon B dan C sahaja.
“Pengguna yang mempunyai pas bulanan zon B dan C dikehendaki membayar caj TLK seperti biasa sekiranya meletakkan kenderaan di dalam zon A,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.
Tambahnya, pengguna perlu memilih nombor pendaftaran kenderaan dan zon parkir yang beteul sebelum membuat pengesahan pembelian pas bulanan.
“Adalah diingatkan pas bulanan tidak boleh ditukar atau dipindah kepada nombor kenderaan lain setelah pembelian dibuat.
“Saluran pembayaran TLK menerusi aplikasi Touch n Go e-wallet boleh digunakan mulai 21 November lepas,” jelas kenyataan tersebut. – K! ONLINE