fbpx

Ewayang.com jaminan hayat industri perfileman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EWAYANG.COM

PLATFORM wayang atas talian pertama di Malaysia iaitu ewayang.com berjaya mendapat sambutan positif daripada kalangan penerbit, penggiat seni dan penonton tanah air.

Tidak terhenti di situ, platform tersebut juga menerima sambutan hebat di luar negara apabila mendapat perhatian daripada penonton Jepun, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Indonesia.

FILEM TyIcKooUnS menjadi naskhah pertama ditayangkan menerusi ewayang.com.

Pengurus projek ewayang.com, Syaiful Bahrim Ahmad Dolbar berkata, idea mewujudkan platform pawagam secara dalam talian tersebut mula muncul ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Kewujudan platform tersebut juga difikirkan bertepatan dengan tuntutan semasa dan membuka peluang kepada kaki wayang menonton naskhah kegemaran mereka tanpa perlu bersesak-sesak di panggung wayang selain dapat mengelakkan risiko dijangkiti Covid-19.

“Filem TyIcKooUnS arahan Izan Hailmey Mokhtar dipilih sebagai filem sulung yang ditayangkan dalam platform ini.

“Selepas lima bulan, sudah ada lebih 10 buah filem popular tempatan yang pernah ditayangkan di pawagam dan akan ditayangkan menerusi ewayang.com.

“Kami juga dalam perancangan menayangkan filem berbentuk dokumentari,” katanya.

SYAIFUL BAHRIM

Tambah Syaiful, penularan Covid-19 yang dilihat belum menemui titik penghujung mendorong ramai penerbit filem menyiarkan naskhah mereka secara dalam talian.

Hal ini demi memastikan jangka hayat industri perfileman tempatan dapat diteruskan biarpun keadaan tidak sama seperti dahulu yang menyaksikan semua naskhah dapat memasuki panggung tanpa banyak kekangan.

Tidak terhad terhadap karya filem, ewayang.com juga terbuka untuk penyiaran naskhah berbentuk drama.

“Sebelum ini, filem Kisah Paling Gengster dan Jengka baru sahaja ditayangkan.

“Terkini, penonton berpeluang melanggan filem Nota dan Bangunan yang mula memasuki ewayang.com sejak 20 Oktober lalu.

“Jangan bimbang, setiap karya yang ditayangkan dalam platform ini boleh ditonton oleh segenap lapisan umur.

Paling penting, penonton boleh meluangkan masa menikmati filem kegemaran secara santai dan selamat di kediaman masing-masing,” ujarnya

Peraduan menarik

Bukan sekadar boleh menonton karya kegemaran tanpa had masa, penonton yang bertuah berpeluang memenangi hadiah istimewa yang ditawarkan ewayang.com dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM250,000.

“Bukan itu sahaja, ewayang.com juga menyediakan banyak lagi hadiah sampingan untuk pemenang mingguan.

“Penonton yang melanggan filem juga berpeluang mendapat hadiah istimewa,” kata Saiful.

Pembeli tiket ewayang.com yang ke 10,000 pula akan memenangi sebuah kereta jenama Perodua Bezza.

Setiap RM1 daripada wang langganan ewayang.com akan disumbangkan ke tabung bantuan Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI