fbpx

ESSCOM rampas syabu, pil ekstasi bernilai RM2.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Fuad (lima dari kanan) menunjukkan dadah jenis syabu serta pil Ecstacy yang dirampas dalam serbuan di kawasan Kuala Sungai Tawau Lama kelmarin. -Foto: Ihsan ESSCOM-

TAWAU – Sebanyak 54.35 kilogram syabu serta 74.56 gram pil ekstasi bernilai RM2.5 juta dirampas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCOM) dalam serbuan di kawasan Kuala Sungai Tawau Lama kelmarin.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman, berkata, serbuan dilaksanakan berikutan pihaknya mengesan sebuah bot laju berada dalam keadaan mencurigakan ketika di perairan Tawau menuju ke perairan Wallacebay, Indonesia.

“Pasukan keselamatan berjaya memintas bot laju terbabit dan mendapati ia dikendalikan dua suspek lelaki.

“Suspek kemudiannya bertindak memecut dan berpatah balik ke perairan Tawau Lama sebelum dikejar bot Pasukan Polis Marin (PPM) yang membuat kawalan di kawasan perairan terbabit.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya melarikan diri ke kawasan gelap,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau hari ini.
Ahmad Fuad berkata, pemeriksaan ke atas bot berkenaan berjaya menemui tiga kotak besar berlainan saiz mengandungi 54 bungkusan Teh Cina bertulis ‘Qin Shan’ yang berisi hablur kristal dipercayai dadah jenis syabu.

Mengulas lanjut mengenai penemuan itu, Ahmad Fuad berkata, pemeriksaan lanjut di dalam bot turut menemui satu paket plastik mengandungi sebanyak 234 biji pil ekstasi dengan berat 74.56 gram.

“Kajayaan ini adalah hasil rampasan terbesar dadah jenis syabu oleh ESSCOM sejak Operasi Cegah Pati Darat dan Laut dilancarkan di Kawasan Zone Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sejak Mac lalu.

“Setakat ini, kita masih meneruskan usah untuk mengesan suspek dan siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI