fbpx

Dua wira ditembak di sempadan dinaikkan pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Hamid menenangkan bapa mendiang Koperal Baharuddin, Ramli Derus, 75, semasa Majlis Pengebumian dan Persemadian Terakhir di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Sampoo, tengah hari tadi.

JEMPOL – Mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang maut akibat ditembak ketiga bertugas di Tembok Sempadan (TS9) Padang Besar, Perlis, semalam dinaikkan pangkat Sarjan secara ‘posthumous’ atau anumerta berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP) bersetuju memberikan kenaikan pangkat berkenaan.

Beliau berkata ia sebagai menghargai atas sifat-sifat keberanian luar biasa.

Turut dinaikkan pangkat sebagai sarjan ialah, Koperal T. Norihan, 39 yang cedera parah selepas terkena tembakan di bahagian kiri perut dan kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, Perlis. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI