TAHAP kesihatan pelakon Choi Sung-won dikhabarkan dalam keadaan terganggu apabila penyakit leukemia akut yang dihidapinya kembali menyerang.
Dia didiagnosis dengan penyakit tersebut pada Mei 2016 sebelum disahkan bebas daripada kanser berkenaan pada Disember tahun sama.
Sung-won kemudiannya kembali aktif berlakon pada Februari 2017. Selepas beberapa tahun, dia dilaporkan kembali diserang penyakit tersebut.
Baru-baru ini, agensinya memberitahu bahawa Sung-won sememangnya belum benar-benar pulih tetapi kekal aktif bekerja seperti biasa.
“Dia terlibat dengan drama dan pementasan muzikal kerana tahap kesihatannya semakin baik. Dia masih mendapatkan rawatan.
“Meskipun keadaannya tidaklah begitu baik tetapi tiada yang serius berlaku,” ujar pihak pemgurusan.
Jun lalu, pelakon The Accidental Detective itu terlibat dalam pementasan muzikal Chami, namun menarik diri gara-gara mengalami masalah kesihatan.
Pelakon drama Reply 1988 itu juga dikatakan menarik diri kerana berasa tidak sihat meskipun ketika itu sakit yang dialaminya tidaklah begitu serius.