fbpx

600 pensyarah sambilan UiTM tidak diberhentikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM- Universiti Teknologi Mara (UiTM) menafikan memberhentikan 600 pensyarah sambilan seperti dilaporkan sebuah portal berita, semalam.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emiritus Datuk Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim menegaskan, laporan portal berita terbabit telah disalah tasfir dan mengelirukan pelbagai pihak.

Katanya, pengambilan pensyarah sambilan di UiTM untuk setiap semester adalah berdasarkan kepada keperluan program dan subjek di setiap fakulti.

“Justeru, jumlahnya adalah berbeza-beza pada setiap semester dan laporan tersebut adalah tidak tepat dan amat dikesali.

“Dalam kenyataan bertulis UiTM kepada portal berita berkenaan juga tidak sama sekali menyentuh isu berkaitan pemotongan bajet universiti,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Semalam, portal berita berkenaan menerusi tajuk laporan “UiTM reassesses 600 part-time lecturers after funding cut” adalah salah satu langkah strategik setelah peruntukan institusi tersebut bagi tahun hadapan telah dikurangkan.

Laporan itu turut menyatakan Azraai dipetik berkata, universiti harus berjimat-cermat dan menyemak semula projek infrastruktur dan kemudahan fizikal yang bakal dilaksanakan mereka.

Mengulas lanjut, Azraai berkata, UiTM juga sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang amat prihatin terhadap pembangunan serta pengoperasian universiti.

“Sehubungan itu UiTM menegaskan bahawa institusi ini akan mendokong serta memastikan pendidikan bumiputera terus diperkasakan dalam mendepani cabaran norma baharu,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI