fbpx

Wanna One sukar disatukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANNA ONE

BERITA sedih buat peminat setia Wanna One apabila laporan mengesahkan kumpulan itu tidak akan muncul membuat persembahan istimewa sempena penganjuran Anugerah Muzik Asian Mnet 2020 (MAMA2020).

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan kumpulan yang telah berpecah itu akan bergabung semula untuk anugerah berkenaan. Berita tersebut benar-benar mengujakan peminat.

Bagaimanapun, pihak CJ E&M baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa tidak akan ada berlaku sebarang persembahan daripada Wanna One seperti diharapkan ramai.

“Mulanya itulah perancangan asal. Kami fikir persembahan itu akan jadi momen indah tetapi selepas berbincang dengan teliti, perancangan itu tidak diteruskan,” katanya memetik laporan Hankyung.

Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan kemunculan Wanna One tidak berlaku disebabkan nama mereka terkait dengan isu manipulasi undi program Produce yang sedang hangat menjadi perhatian media ketika ini.

Kumpulan yang lahir daripada program Produce 101 musim kedua pada 2018 itu pernah meraih populariti luar biasa sebelum dibubarkan pada Januari 2019.

Kesemua anggota Wanna One kini meneruskan aktiviti solo masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI