fbpx

Tiada pembalakan haram di Hutan Simpan Lenggor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (kiri) bersama Salim (berbaju hijau) melakukan pemeriksaan peta kawasan Hutan Simpan Lenggor, Kahang, Kluang yang dilaporkan diceroboh dan berlaku pembalakan haram.

KLUANG – Tiada aktiviti pembalakan haram berlaku di Hutan Simpan Lenggor, Kahang di sini sepertimana dakwaan penduduk sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, aktiviti pembalakan yang berlaku di Kompartmen 197 adalah berlesen dan merupakan kayu-kayu balak yang lama.

“Pasukan kita bersama Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) melakukan siasatan pada pagi ini setelah menerima laporan orang awam menyatakan ada aktiviti pembalakan haram di kawasan tersebut.

“Selepas kita masuk, sampai di lokasi Kompartmen 197 kita dapati kayu-kayu balak itu adalah kayu balak yang lama, yang ada unsur-unsur pembalakan haram.

“Kita akan berkolaborasi dengan Jabatan Perhutanan dan akan siasat lagi jika ada laporan mengenai aktiviti pembalakan haram di Kluang,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kahang di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah JPNJ, Datuk Salim Aman dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad.

Terdahulu, seramai 80 pasukan polis bersama 22 pegawai JPNJ melakukan rondaan dan siasatan seawal pukul 7 pagi sehingga 6 petang.

Dalam pada itu, Salim berkata, pihaknya menyambut baik kerjasama itu dan akan memastikan tiada aktiviti pembalakan haram dilakukan di negeri ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI