fbpx

Terhiris pisau, Puteri Aishah nyaris putus jari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jari kelingking kiri Puteri Aishah yang hampir putus selepas terhiris pisau petang semalam.

PETALING JAYA – Pelakon filem Pulang, Puteri Aishah berdepan detik cemas setelah mengalami kecederaan teruk pada bahagian jari kelingking tangan kiri sebelum dikejarkan ke hospital.

Perkara tersebut disahkan pengurusnya, Iman Tang yang memaklumkan jari aktres itu terkoyak selepas terkena hirisan pisau dalam satu kejadian petang semalam.

“Sewaktu kejadian, Puteri Aishah mahu memotong buah. Mungkin disebabkan buah terlalu keras dan pisau pula licin, lantas menghiris jari kelingking sebelah kiri hingga terkoyak dan mengalirkan banyak darah.

“Mujur ketika itu Puteri ditemani seorang teman dan segera membawanya ke sebuah pusat perubatan swasta untuk mendapatkan rawatan akibat pendarahan yang begitu teruk,” kata Iman menerusi Instagram video miliknya.

Tambahnya, untuk mengelakkan kesan jangka panjang akibat kecederaan serius yang dialami, doktor menyarankan dia segera melakukan pembedahan.

Iman memberitahu, Puteri Aishah kini berada dalam keadaan stabil dan meminta peminat mendoakan kesembuhan serta kesejahteraannya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI