fbpx

Rodgers akui kelemahan buat Leicester berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol Leicester, Kasper Schmeichel bolos tiga kali ketika mereka tewas kepada Liverpool pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers enggan menyalahkan para pemainnya kerana gagal meraih kemena­ngan ke atas Liverpool yang ‘tempang’ tanpa kehadiran ramai pemain utama disebabkan masalah kecederaan.

Sebaliknya, Rodgers, 47, menyifatkan, juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu masih mempunyai kekuatan tersendiri dan ia terbukti menerusi kemenangan 3-0 ke atas skuad bim­bingannya di Anfield awal pagi semalam.

“Semua orang tahu kekuatan dan rekod cemerlang Liverpool apabila beraksi di Anfield. Mereka juga ada ramai lagi pemain yang bagus untuk mengisi kekosongan ditinggalkan rakan-rakan yang lain.

“Saya fikir tidak sukar untuk membuat analisis mengenai perlawanan ini. Kami tidak cukup agresif. Kami mempunyai taktikal yang kompak dan memecah benteng mereka serta mengambil sedikit masa bersama bola tetapi kami tidak melakukan itu semua.

“Separuh masa kedua lebih baik. Namun, kami bolos daripada situasi set-piece kerana kami tidak agresif ketika melakukan kawalan pemain,” kata Rodgers.

The Reds ternyata terlalu hebat buat Leicester walaupun beraksi tanpa tonggak utama apabila mendominasi perlawanan.

Hasilnya, Liverpool meledak tiga gol menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan Leicester, Jonny Evans (m-21), Diogo Jota (m-41) dan Roberto Firmino pada minit ke-81 untuk meraih kemenangan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI