fbpx

Perak kekal empat PPS masih dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Perak masih mencatatkan empat pusat penempatan sementara (PPS) melibatkan 318 mangsa daripada 102 keluarga akibat banjir yang melanda di beberapa kawasan di negeri itu setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Perak berkata, PPS Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim, Bukit Gantang yang menempatkan 42 mangsa ditutup sepenuhnya pada pukul 8.45 pagi tadi.

“Bagaimanapun, satu lagi PPS dibuka di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pada pukul 11 malam tadi melibatkan 17 orang daripada empat keluarga selepas air naik di kediaman mereka di Batu 9, Teluk Intan.

“Sementara itu, dua PPS di Bagan Serai iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman  masih menempatkan 168 mangsa manakala seramai 75 orang masih berada di PPS SK Changkat Lobak sementara menunggu banjir surut,” katanya.

Katanya, satu lagi PPS di SK Kayan, Lumut pula menempatkan 30 orang mangsa sejak ia dibuka 9 pagi semalam.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI