fbpx

Pembelajaran anak tergganggu jika belanjawan tidak diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10,223 sekolah dalam negara dan perancangan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memperkasakan sektor pendidikan akan terkesan sekiranya belanjawan 2021 tidak diluluskan.

Menterinya, Dr. Radzi Jidin berkata, bagi belanjawan kali ini pihaknya memperuntukan RM800 juta bagi penyelenggaraan sekolah dan bukan sekolah bagi memastikan semua pelajar mendapat persekitaran yang selesa ketika sesi persekolahan tahun depan.

Katanya, KPM melihat keperitan yang dialami warga sekolah ketika musim Covid-19 baru ini di mana bilik darjah tidak boleh digunakan kerana bocor bertahun-tahun akibat tidak diselenggarakan.

“Jika dulu satu kelas boleh memuatkan 40 pelajar tetapi ketika Covid-19 pelajar tersebut perlu dipecahkan kepada dua kumpulan bagi tujuan penjarakn fizikal.

“Di sini timbul isu mereka tidak boleh menggunakan fasiliti terbabit ekoran tidak diselenggara dengan sempurna. Lebih memeritkan kos penyelenggaran meningkat apabila fasiliti itu tidak diselenggara bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat peruntukan belanjawan 2021 di sini hari ini.

Menurutnya lagi, KPM berharap belanjawan itu diluluskan agar proses penyelenggaran di sekolah dapat dilakukan secepat mungkin.

“Sedih bila nak jawab soalan jika belanjawan tidak diluluskan ini kerana yang akan terkesan adalah anak-anak kita. Jadi sama-sama kita berdoa agar ia diluluskan.

“Kita mahu bila sekolah buka nanti anak-anak mendapat persekitaran yang selesa bagi meneruskan pembelajaran tambahan pula, kita tidak tahu keadaan pada Januari depan Covid-19 masih ada atau tidak,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI