fbpx

Pelajar tahfiz mati lemas ketika mandi di tali air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat.

KOTA BHARU – Seorang pelajar tahfiz maut ditemui mati lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tali air ketika sedang bermandi-manda bersama dua rakannya di Kampung Telaga Bata, Sering di sini hari ini.

Mangsa, Muhamad Alif Asyraf Parudin, 13, yang merupakan pelajar tahfiz tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama (A) Tharbiyah Mardhiah, Panchor di sini ditemui oleh sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Waris mangsa, Ab. llah Ismail, 65, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh ibu mangsa, Sarifah Mohamad, 52, kira-kira pukul 10 pagi.

“Saya bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati pasukan bomba sedang mencari mangsa.

“Cucu saudara saya ditemui kira-kira 15 minit kemudian dan dia disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Telaga Bata di sini hari ini.

Ab. Ilah berkata, mangsa yang juga merupakan anak tunggal pergi ke tali air kira-kira pukul 9 pagi selepas dia memaklumkan kepada ibunya untuk mandi di kawasan bersama dia rakan karibnya.

Katanya, ibu mangsa tidak pernah membenar Muhamad Alif bermain di tali air meskipun mamgsa merayu beberapa kali kerana bimbang dengan keselamatannya selepas tahu dia tidak pandai berenang.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Fauzi Yazid berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.08 pagi dan seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 10.43 pagi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI